Kendadu.comTM
Stok Terhad!
KENDADU. Mana Kunci Kita?

Buah tangan dan kajian MA63 terbaru dari Irwan Idris

MA63 sudah banyak berubah?

Kali pertama didedahkan kepada umum...

Bagaimana perubahan Perlembagaan Persekutuan sejak 1965 sehingga hari ini yang pada padangan Irwan adalah suatu tindakan tidak mengikut Perlembagaan itu sendiri.

Irwan menyusun dan mendedahkan semua perubahan dengan susunan tahun sejak 1957.

"Dan banyak lagi perubahan yang merobek hak Sabah dan Sarawak... semua ini direkodkan didalam Hansard Parlimen Malaysia!

Cerita yang tidak pernah diceritakan yang Irwan Idris bongkarkan...

bagaimana semua tokoh tokoh ternama ini dalam lipatan sejarah...

Sir William Allmond Codrington Goode

Governor North Borneo Terakhir yang mewasiatkan ucapan bagaimana State of Sabah selepas 16 September 1963 perlu ditadbir. Namun tidak pernah didedahkan kepada umum sehingga hari ini.

Datu Mustapha Datu Harun

Yang di Pertua Negara Sabah yang pertama lantikan British dan YDP Agong berdasarkan Perlembagaan Sabah.

Donald Stephens

Ketua Menteri Sabah yang terkenal sebagai tokoh terawal menandatangani MA63 dan terkorban dalam nahas double six pada tahun 1976.

Stephen Kalong Ningkan

Ketua Menteri Sarawak yang mencabar keputusan Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Privy London.

Abdul Taib Mahmud

Menteri Sumber Semula Jadi yang membaca kan RUU Kemajuan Petroleum 1974

Abdul Rahman Ya'kub

Menteri Tanah & Galian yang membawakan RUU Pelantar Benua dan RUU Perlombongan Petroleum 1966.

Abdul Razak Hussein

Director of Operation melalui lantikan Ordinan no 2 1969 selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Kisah Selepas Petronas ditubuhkan

Kronologi sejarah bagaimana Petronas mendapatkan persetujuan dari semua negeri pengeluar minyak.

Sarawak negeri kedua menandatangani PDA74
5/5

Selepas Terengganu, Sarawak menandatangani PDA74

Kendadu

Pengakuan Tengku Razaleigh tentang Sabah
5/5

Dari mulut Tengku Razaleigh sendiri menceritakan bagaimana usaha mendapatkan persetujuan dari Neberi negeri pengeluar minyak.

Kendadu

Sabah Negeri terakhir menandatangani PDA74
5/5

Hanya selepas Ketua Menteri ketiga, PDA74 ditandatangani oleh Sabah.

Kendadu

Buku Tulis Malayu

Buku ini aku tulis khas untuk kamu yang selalu tanya, "Ada ka ni yang tulis Melayu?" Ini bukan sekadar buku, ini adalah perjalanan yang penuh makna—mengungkap segala rahsia yang selama ini tersembunyi. Di dalamnya, aku susun semua sejarah penting tentang Persekutuan Tanah Melayu sebelum 1963, tentang Singapura sebelum ia bergabung, serta kisah Sabah dan Sarawak yang jarang didengari, sebelum Malaysia terbentuk.Lalu, selepas 16 September 1963, aku dedahkan bagaimana Perlembagaan Persekutuan Malaysia diubah dengan begitu sistematik, seolah-olah janji MA63 yang seharusnya menjamin hak Sabah dan Sarawak kini hampir tidak lagi wujud.Buku ini bukan untuk dibaca, tapi untuk dirasai, untuk menghidupkan semangat yang lama terpendam. Dapatkan buku ini sekarang, selagi stok masih ada. Aku sengaja tidak cetak banyak, sebab aku rasa orang Sabah sudah bahagia dan selesa dengan sejarah yang diorang tahu. Aku bukan orang yang akan memaksakan kepercayaan aku pada orang lain. Jadi, stok ini aku sediakan untuk yang serius mahu tahu saja.

Kalau kamu tekan checkout tapi tidak dapat... itu tandanya buku sudah habis.

Kendadu.comTM
© Copyright 2021. All rights reserved| Privacy Policy | Terms & Conditions